Unordered List

AHLAN WASAHLAN...

Ahad, 20 Oktober 2013

SEMOGA BERJAYA UPSR 2013!


Lagu ini ditujukan untuk semua calon UPSR 2013 SK Seksyen 24. mereka adalah batch ketiga j-Qaf SK Seksyen 24. Kami iringi doa restu untuk semua anak didik. Semoga kalian menghadapi peperiksaan dengan tenang dan tabah!







TAHNIAH JQAF SKS24!!!



Baru-baru ini bilik jqaf SK Seksyen 24 telah terpilih mewakili daerah Petaling Perdana dalam pertandingan bilik j-Qaf peringkat negeri Selangor. Buat julung kalinya kami telah berjaya merampas tahkta juara bertahan iaitu SK Seksyen 19 dengan menambat hati para hakim pada pertandingan saringan pertama dahulu di peringkat firqah. Keputusan hakim ini amat memeranjatkan kami kerana siapalah kami yang sangat mentah dan masih banyak lagi kekurangan berbanding juara terdahulu yang begitu luas pengalaman mereka.
 Apabila ditanya pada hakim ketika hati kami berbunga-bunga kegembiraan itu, mudah sahaja jawapan hakim..."Tahun ini kami mahu perubahan..kami percaya SK Seksyen 24 boleh melakukannya kerana banyak peluang yang anda ada!. Jangan risau kami akan datang memantau dari semasa ke semasa untuk memberi bimbingan.Jadi SK Seksyen 24 kami pilih untuk mewaklili daerah kita ke peringkat negeri"
Persediaan selama sebulan  sahaja,kami bertungkus-lumus menyiapkan sehabis baik bilik j-Qaf kami di samping kesibukan aktiviti sekolah yang lain seperti Fiesta 24, PKSR2 dan bemacam-macam lagi.

 Berikut diseratkan gambar-gambar kenangan di sekitar persediaan kami menyiapkan bilik j-Qaf untuk ke peringkat negeri.Bersama-sama kita berdoa untuk kejayaan kami pada 21 Oktober 2013.Insha allah


berbincang strategi